Status

Status
Baru buat Blogger baru. Lama punya sudah kasi delete. Biarlah. Itu kisah lama. New Year, New Life. Get to know me in my twitter @Maisarah23 :** (1/1/2015)

Wednesday, January 27, 2016

#1

Assalamualaikum. Hi guyss ^_~

Sorry sebab lama menghilang. Tahun 2016 ni banyak kerja nak buat.

Pagi sampai 1.10 ptg balik sekolah. Balik rumah tidur, makan, solat semua bagaii lah. Malam tuition.
Hari² penatt. Yg paling memenatkan bila setiap hari Rabu ada Kokurikulum. Naik van je. Almaklum takda transport. Sampai rumah dah nak hampir pukul 6. Aduyaii -.-

Alhamdulillah sekarang aku dapat naik kelas ^o^ happy sesangatt!
Pada masa yg sama aku tak berapa selesa dgn kawan-kawan baru dkt kelas. Cuma ada lah sebahagian daripada tuu. Yang baik dgn aku. Aku okay jer. Sebab aku jenis friendlyy tapi pendiam. hihi. Ada lah seorang hamba Allah ni, dia punya tempat duduk dekat dengan meja aku. Kalau aku pusing belakang, nampak lah dia. Kadang2 jugak lah aku pusing belakang, itupun sebab aku nak ambik buku dekat beg. So selalu lah terpandang dia. Mana tak nya dia yg asyik tengok je dekat aku. Bukan nya perasan atau apa, tapi memang benda betul. Satu lagi, dia suka senyum. Comell duh. *melting. hahaahaha menggataii jap. kekeke.

Sekarang aku jadi Bendahari dalam kelas.
Yang kutip-kutip duit tu. Ingin menjadi seorang Bendahari yg Amanah! *cehhhh.

Pasal sukan or hal kokurikulum dekat sekolah, aku target nak active tahun ni!
Nanti tamat sekolah, dapat lah markah lebih.
Untuk KRS InshaAllah aku nak naik pangkat. Satu pun jadilah.
Kelab Persatuan Seni Visual pulak aku dah dapat jadi AJK.

K itu je aku nak cerita setakat ni. Bye guyss. Assalamualaikum :)

Saturday, December 5, 2015

Great Places To Go In Brunei

Assalamualaikum. hey gaiss :*
sorry sebab dah lama menghilang. sorry eh semua nya.
peace v^_^v

sebenarnya banyak benda nak cerita. hehe.
sebab izzah dah lama tak on blog ni pasal izzah pergi holiday dekat Brunei.
haha actually bukan holiday pun. balik Brunei sebab nak jumpa mama dan aiman.
i have so much fun here! joget sikitt *goyang badan. hahahaha

yang bestnya duk dekat brunei ni sebab dekat sini ada tempat yang best korang boleh pergi. contohnya,

Masjid Omar Ali Saifuddien


Kampung Air


Jerudong Park


Jerudong Park is like a fun fair in Brunei.
Ia adalah taman hiburan yang paling kecil dan paling mahal di Asia Tenggara.

Ia adalah penting bahawa dalam beberapa tahun pertama operasinya, Jerudong Park dipaparkan tanpa yuran kemasukan dan tunggangan percuma. Ia kini lebih besar daripada fasa 1 daripada Hong Kong Disneyland.

Ada Waterworld lagi tau. You guys should go there!

Pantai Tungku


Pantai Tungku ni pulak tempat orang mandi-manda ke. Berkelah. Tapi berkelah pun, korang boleh main ATV, naik Jetski yang laju tuu. Naik Scrambler yang kecik tu pun ada. Korang juga boleh surfing. Dan apa yang menarik perhatian ramai pelancong ialah bila tenggelam matahari. Cantik sangat.


   


Jadi kalau korang nak pergi holiday, datang lah ke Brunei k?
You're surely will have fun in Brunei :*

Monday, October 5, 2015

Sahabat.

Assalamualaikum ^_^v
hi u'olls .

dah terlalu lama sangat den tak buka blog. hm sorry sangat.
anyways, lama tak mengupdate blog ni. minta maaf kerana dah lama menghilang.
apa khabar silent readers ku semua nya?

hm tajuk kalini was about myself at my new school. sekolah yang sekarang ni lah.
dekat dalam kelas, izzah kawan, kawan dengan semua orang. paling rapat pun dengan geng wapa.
wafa, hana, rieyna, wadiah and anis. termasuklah bella, dini dan lagi 2 orang.
izzah sayang sangat dkt diorang❤ diorang semua tu lah yang duduk dekat dengan meja izzah. kitorang geng KRS tambah sorang Kadetpolis.

there were too many moments that i've been through with them since i moved here.
diorang tu semua lah kawan yang selalu faham izzah. diorang suka buat lawak and perangai masing-masing gila-gila! but at the same time kadang2 perangai macam budak-budak. lepas perhimpunan je, naik kelas. terus main lari2. terkejar sana terkejar sini. hahahahaha kenangan manis semua tu. pasal izzah pun pernah main kejar-kejar dgn diorang dalam kelas.  i know macam budak-budak kan? but its actually not. kita nak happy-happy. so tak salah.
dan diorang ni jugak member yang kaki gossip. cakap itu ini lepastu kita gelak kuat-kuat. dalam kelas pulak, cikgu tgh mengajar pun kitorang banyak tidur tapi belajar, belajar jugak okayyy. hahahaha xD  hikhik. tak pernah bosan melayan kerenah diorang niy :** diorang jugak banyak bercerita. pagi-pagi, masuk je dlm kelas, ada je cerita yg diorang nak story. haha diorang nih suka bahan2 orang. apa lagi izzah ni haa. diorang bahan and suka panggil izzah, ' melampau lah ' sebab izzah pernah cakap dua perkataan tu tapi kata diorang " eh, aku pun tak pernah guna ayat tu. " hahahahahaha and lagi satu, paling diorang suka panggil izzah is ' melayang '. tahu pasal apa? sebab diorang masa first kenal izzah, diorang cakap izzah jalan macam nak jatuh. they meant not stable. last but not least is diorang ni semua hantu selfiee! hahahaha izzah apa lagi. join lah diorang. hahahaha. yang itu paling best! that's all the sweetest moments ever with my bestfriends.

Izzah tak pernah jumpa kawan yang happening macam diorang :))
 bestfriends till Jannah maybe? insyaAllah :')
amiiin. iloveyou guyss! :**



nampak sangat kaki selfie masing-masing kan? hehehe.


Sunday, July 12, 2015

Salam Lebaran ❤

Assalamualaikum. Heyy u'olls :**
i miss youuu lah wahai silent readers ku sekalian. hekhekhek. *gedik pulak.lol
maklumlah sudah berbulan-bulan tak buka. busy sangat lah sampai tak sempat nak
post and update blog ni. 

k lets talk about the tittle today. the story starts from here.

the first thing first, i want to say sorry lah sebab sudah lama sangat i didn't open my blog. mesti korang dah tunggu je kan when is my latest update. sorry again. i'm so busy with my studies. um okay. how is your fasting in Bulan Ramadhan? everything's okay? ha korang puasa penuh tak? for the girls tu i know why korang tak dapat nak puasa penuh, ha yang lain nih. macam mana? hahaha. takmo ponteng puasa kayy.

hm sekejap betul kan masa berlalu. masa berlalu begitu pantas sekali *cehh gituu kau. ha xD
sekarang je dah ke 25Ramadhan. hari Jumaat minggu depan dah raya.
dan selasa lagi satu will be my birthdayy. i'm already goin' to be sixteen. can't wait!
hm tahun ni i'm celebrating hari raya dengan maklong. hm memang tahun ni tak dapat nak raya rumah pakcu lah. dan tak dapat nak ziarah kubur arwah ayah Muhammad :') so sad. ayah, i'm really sorry tak dapat nak ziarah kubur ayah. sebab maisarah tahun ni raya dengan maklong. mama dengan aiman raya dekat Brunei. btw, duit raya tahun ni pun makin sikit lah jawapan dia. kata my cousin, if raya dengan maklong memang tak dapat duit raya sangat lah. sebab maklong jenis yg tak suka beraya rumah orang sangat. hm dan memandangkan hari dah nak dekat raya, i want to say sorry kalau i have mistakes to you guyss. mintak maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki. jika ada terkasar bahasa, terkutuk, termaki, tercubit, termarah, tertengking, tertampar dan segala ter²nih. hope dapat dimaafkan. from now on, kita kosong-kosong kayy :))

okay lah. itu je yg i want to story about. happy holidayss my silent readers :D selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri. maaf zahir dan batin. take care for those who yg balik kampung. jangan bawa kereta laju sangat. jangan main mercun nanti putus tangan. okbye. haha peace from me, izzah ✌

Saturday, April 25, 2015

New Friends

Assalamualaikum. heyy u'olls :)
sorry cause i didn't open my blog a few days.
i'm really busy here.

hm harini just nak story dkt korang yg now izzah dah duduk dengan makcik dengan my cousins.
masuk today dah 2 weeks. sekejap je masa berlalu kan? you know what? in my school, i have this awesome new buddy. her name is Roselynn. she's a Malaysian and she's born from Ireland. omg! you know Ireland right? that so cool. i mean seriously awesome.
dia ni jugak tahu cakap melayu. she's really smart.

then, i've just met a guy who is really kind and he's special for me.
dia seorang pengawas. and dia baik sangat. dia ni jenis yang peramah. and dia suka bantu and tolong orang. sebab masa izzah baru masuk kelas tu, dia yg tanya dulu, nama apa. and berkenalan lah kitaa ehh. hahaha and we get to know each other. and dia tolong izzah mathematics. he's clever.

and i also met this girl who is really kind. a short person like me. and she's kinda guy'ish'. but she's cute. sekarang izzah rapat sangat dengan dia. we're like bestfriends.
dia comel gila weyy. dia speckyy macam izzah. hahaha. dia gengster jugak ah. happy go lucky.
she likes to talk about her feelings at me. any story. and i don't really mind. hahaha.
we usually go to the library with this girl named Juhaidah. but we call her Ju.
and my bestfriends' name is #Aliana a.k.a. Lily :**

Sunday, April 5, 2015

Hina sangat ke aku?

Assalamualaikum. heyy awaaaa :*
malam ni, just nak story dkt korang about my feelings.

today, izzah geram sangat ngan adik. seems like he hates me so much. petang tadi, izzah pergi jalan-jalan dkt pasar yg jual-jual makanan tu. izzah beli lah Ayam Penyet yg set dengan nasi tu. lepastu, dia pun nak beli jugak. mak izzah pun bayar lah.
izzah pun beli lah Roti John. yg adik izzah tu pulak tetiba je mengata izzah ni gemuk lah, kata izzah tak pandai lah, asyik ingat kawan lah. hm dah dengki tu dengki jelah. what? gemuk? b*d*h? mulut tu tolong lah jaga siket. dah la tak fikir kan perasaan orang. dia biarkan je. bila izzah tak tegur dia, tahu pulak dia datang nak minta maaf. so, lepasni izzah malas dah nak layan dia. dia tak pernah fikir perasaan orang. dia lah perampas segalanyaa! sejak dia duduk dengan kitaorang, banyak yang dia ambik dari aku. mama mungkin sayangkan dia lebih. dia pulak terlebih mengada-ngada. dia selalu nak cari gaduh ngan izzah. izzah pun tak faham apa yang dia nak sebenarnya. cehhh cakap je lah benci! rasa meluat, tahu tak? lagi satu, izzah rasa macam no one would understand me. izzah nak my dad :') he only know how is my feelings and only him can make me happy. and disamping tu, izzah mampu berdoa je dkt Allah. kita mampu merancang, Allah yg tentukan kehidupan izzah yg seterusnya :'(


so that's all i wanted to talk about. see yaa ;')
bytheway, doakan i untuk spm tahun depan keyh? :* lots of loveee <3

Friday, April 3, 2015

AlFatihah :')

Heyy sayangg :* hahaha
Assalamualaikum awaaaaa² semua.

Izzah nak tanya ni, hari ni berapa haribulan ye? em. yea i know! i know! 4/4.

masuk harini dah genap 2 tahun ayah tinggalkan izzah dgn mama. rindu sangat rasanya.
oh yaa. rindu semuanya dengan ayah. izzah rindu senyum dan gelak tawa ayah. rindu nak bergurau senda dengan ayah. rindu nak dengar nasihat ayah. rindu bila nak manja mesti dengan ayah. sebab ayah lah yg boleh faham izzah dan dia sangat kelakar. rindu jugak nak makan kena suap. hahaha *izzah ingat dulu. ayah selalu bawak makan Kuey Teow dan itulah kenangan yg paling terindah. lepastu, kita dah tak jumpa sebab masalah keluarga. tapi kitorang tak jumpa bertahun-tahun lah. and then tiba-tiba je dapat call dari sedara. ayah masuk hospital. dia suruh izzah dgn mama jenguk dia kat hospital.
sampai-sampai je ayah masa tu nak daftar keluar nama dia. nampak ayah tengah berdiri dan bercakap dengan nurse. ya Allah, masa tu ayah nampak tenat sangat. perut ayah makin membuncit. dan tak banyak selera makan. muka ayah nampak lain sangat.
pastu, ayah nampak izzah, dia tunduk mintak peluk. izzah pun berlari dekat ayah and peluk sambil menangis. " ayah! maisarah rindu ayah. ayah ok tak ni? kenapa masuk hospital? ayah sakit apa? "
ayah nampak sangat pucat. ayah cakap " ayah tak sakit pun. sakit biasa je. tak teruk pun. anak ayah jangan risau yaa. " hm. mama pun bertanya khabar semua ngan ayah. jadi kita pun bersembang-sembang sambil jalan nak ke kaunter yg untuk daftar keluar nama ayah. masa tgh jalan sekali tu, ayah cakap " kalau lah kita boleh ulang dari awal, kita boleh jadi keluarga yg bahagia. "
izzah fikir sekejap. kalau lah apa yg ayah cakap tu betul, izzah akan jadi orang yang paling happy.

masa tu izzah, mama dgn ayah duduk-duduk sementara tunggu kawan ayah datang untuk ambik ayah bawak balik rumah, ayah nasihat izzah suruh belajar rajin-rajin.
Katanya " anak ayah belajar rajin-rajin eh. ayah nak tengok anak kesayangan ayah ni berjaya dalam pelajaran. jangan malas tau. nanti mama rotan dia. " ayah tersenyum. ayah macam sedih. macam menyembunyikan sesuatu pun ada. tapi takpa lah. ha! pastu, kawan ayah dah sampai untuk ambik ayah. sebelum ayah masuk kereta. ayah cium and peluk izzah.
dan ayah kata " Ayah sayang maisarah sangat-sangat. "
and i say " Maisarah pun sayang ayah sangat-sangat "
dan ayah pun balik. seminggu lebih. jatuh hari Khamis malam. Kira malam Jumaat, izzah takda buat apa sangat dkat rumah. and tengah online facebook. tetiba, hati izzah rasa sangat sayu. dan sedih. taktahu lah kenapa. dan mama pulak tak boleh tidur. rasa gelisah sangat. Tiba-Tiba!
dapat call dari maklang. maklang cakap dkt mama.
" Kak piyah, Mat dah takda. " mama terdiam. aku pergi dkt mama. tanya kenapa semua.
mama masih kaku. mama dgn perlahan kata " maisarah, ayah dah takda"
ya Allah, betapa sebaknya izzah and izzah peluk mama. izzah kata "mama, kenapa ayah kena pergi tinggalkan kita? kenapa, ma?! " izzah tak mampu nak cakap apa. asyik menangis je.
izzah cakap dkt mama yg izzah nak pergi ziarah jenazah ayah dkt hospital. tak kira apapun. ayah tetap ayah. sampai je dkt wad hospital. tengok ramai sangat orang dkt wad ayah. ayah dah ditutup muka dengan kain putih. izzah menangis teresak gila and izzah peluk ayah. izzah nampak muka ayah tersenyum. dan ayah sangat beruntung kerana meninggal pada malam Jumaat. hm izzah ni sampai tak boleh nak buka kain tu. menggigil rasanya. izzah pun peluk mama and terduduk. izzah dah tak mampu nak berdiri. tersangat lah sedih bila kehilangan seseorang yang paling kita sayang dan rapat. itu semua bagaikan mimpi. jenazah ayah terus dibawa balik kampung dan dimandikan. esok pagi, masa Subuh ramai orang dah datang rumah dan bacakan Surah Yaasiin untuk ayah. dan pukul 11 pagi, jenazah ayah akan dikebumikan. ayah nampak tersenyum. dan BUAT KALI TERAKHIR, izzah dan mama cium dahi ayah :') itulah kenangan yg paling sedih aku takkan lupakan sampai bila-bila :')

Pls nak minta tolong korang yg baca ni, sedekahkan AlFatihah untuk ayah yaa :'))