Status

Status
Baru buat Blogger baru. Lama punya sudah kasi delete. Biarlah. Itu kisah lama. New Year, New Life. Get to know me in my twitter @Maisarah23 :** (1/1/2015)

Saturday, April 25, 2015

New Friends

Assalamualaikum. heyy u'olls :)
sorry cause i didn't open my blog a few days.
i'm really busy here.

hm harini just nak story dkt korang yg now izzah dah duduk dengan makcik dengan my cousins.
masuk today dah 2 weeks. sekejap je masa berlalu kan? you know what? in my school, i have this awesome new buddy. her name is Roselynn. she's a Malaysian and she's born from Ireland. omg! you know Ireland right? that so cool. i mean seriously awesome.
dia ni jugak tahu cakap melayu. she's really smart.

then, i've just met a guy who is really kind and he's special for me.
dia seorang pengawas. and dia baik sangat. dia ni jenis yang peramah. and dia suka bantu and tolong orang. sebab masa izzah baru masuk kelas tu, dia yg tanya dulu, nama apa. and berkenalan lah kitaa ehh. hahaha and we get to know each other. and dia tolong izzah mathematics. he's clever.

and i also met this girl who is really kind. a short person like me. and she's kinda guy'ish'. but she's cute. sekarang izzah rapat sangat dengan dia. we're like bestfriends.
dia comel gila weyy. dia speckyy macam izzah. hahaha. dia gengster jugak ah. happy go lucky.
she likes to talk about her feelings at me. any story. and i don't really mind. hahaha.
we usually go to the library with this girl named Juhaidah. but we call her Ju.
and my bestfriends' name is #Aliana a.k.a. Lily :**

Sunday, April 5, 2015

Hina sangat ke aku?

Assalamualaikum. heyy awaaaa :*
malam ni, just nak story dkt korang about my feelings.

today, izzah geram sangat ngan adik. seems like he hates me so much. petang tadi, izzah pergi jalan-jalan dkt pasar yg jual-jual makanan tu. izzah beli lah Ayam Penyet yg set dengan nasi tu. lepastu, dia pun nak beli jugak. mak izzah pun bayar lah.
izzah pun beli lah Roti John. yg adik izzah tu pulak tetiba je mengata izzah ni gemuk lah, kata izzah tak pandai lah, asyik ingat kawan lah. hm dah dengki tu dengki jelah. what? gemuk? b*d*h? mulut tu tolong lah jaga siket. dah la tak fikir kan perasaan orang. dia biarkan je. bila izzah tak tegur dia, tahu pulak dia datang nak minta maaf. so, lepasni izzah malas dah nak layan dia. dia tak pernah fikir perasaan orang. dia lah perampas segalanyaa! sejak dia duduk dengan kitaorang, banyak yang dia ambik dari aku. mama mungkin sayangkan dia lebih. dia pulak terlebih mengada-ngada. dia selalu nak cari gaduh ngan izzah. izzah pun tak faham apa yang dia nak sebenarnya. cehhh cakap je lah benci! rasa meluat, tahu tak? lagi satu, izzah rasa macam no one would understand me. izzah nak my dad :') he only know how is my feelings and only him can make me happy. and disamping tu, izzah mampu berdoa je dkt Allah. kita mampu merancang, Allah yg tentukan kehidupan izzah yg seterusnya :'(


so that's all i wanted to talk about. see yaa ;')
bytheway, doakan i untuk spm tahun depan keyh? :* lots of loveee <3

Friday, April 3, 2015

AlFatihah :')

Heyy sayangg :* hahaha
Assalamualaikum awaaaaa² semua.

Izzah nak tanya ni, hari ni berapa haribulan ye? em. yea i know! i know! 4/4.

masuk harini dah genap 2 tahun ayah tinggalkan izzah dgn mama. rindu sangat rasanya.
oh yaa. rindu semuanya dengan ayah. izzah rindu senyum dan gelak tawa ayah. rindu nak bergurau senda dengan ayah. rindu nak dengar nasihat ayah. rindu bila nak manja mesti dengan ayah. sebab ayah lah yg boleh faham izzah dan dia sangat kelakar. rindu jugak nak makan kena suap. hahaha *izzah ingat dulu. ayah selalu bawak makan Kuey Teow dan itulah kenangan yg paling terindah. lepastu, kita dah tak jumpa sebab masalah keluarga. tapi kitorang tak jumpa bertahun-tahun lah. and then tiba-tiba je dapat call dari sedara. ayah masuk hospital. dia suruh izzah dgn mama jenguk dia kat hospital.
sampai-sampai je ayah masa tu nak daftar keluar nama dia. nampak ayah tengah berdiri dan bercakap dengan nurse. ya Allah, masa tu ayah nampak tenat sangat. perut ayah makin membuncit. dan tak banyak selera makan. muka ayah nampak lain sangat.
pastu, ayah nampak izzah, dia tunduk mintak peluk. izzah pun berlari dekat ayah and peluk sambil menangis. " ayah! maisarah rindu ayah. ayah ok tak ni? kenapa masuk hospital? ayah sakit apa? "
ayah nampak sangat pucat. ayah cakap " ayah tak sakit pun. sakit biasa je. tak teruk pun. anak ayah jangan risau yaa. " hm. mama pun bertanya khabar semua ngan ayah. jadi kita pun bersembang-sembang sambil jalan nak ke kaunter yg untuk daftar keluar nama ayah. masa tgh jalan sekali tu, ayah cakap " kalau lah kita boleh ulang dari awal, kita boleh jadi keluarga yg bahagia. "
izzah fikir sekejap. kalau lah apa yg ayah cakap tu betul, izzah akan jadi orang yang paling happy.

masa tu izzah, mama dgn ayah duduk-duduk sementara tunggu kawan ayah datang untuk ambik ayah bawak balik rumah, ayah nasihat izzah suruh belajar rajin-rajin.
Katanya " anak ayah belajar rajin-rajin eh. ayah nak tengok anak kesayangan ayah ni berjaya dalam pelajaran. jangan malas tau. nanti mama rotan dia. " ayah tersenyum. ayah macam sedih. macam menyembunyikan sesuatu pun ada. tapi takpa lah. ha! pastu, kawan ayah dah sampai untuk ambik ayah. sebelum ayah masuk kereta. ayah cium and peluk izzah.
dan ayah kata " Ayah sayang maisarah sangat-sangat. "
and i say " Maisarah pun sayang ayah sangat-sangat "
dan ayah pun balik. seminggu lebih. jatuh hari Khamis malam. Kira malam Jumaat, izzah takda buat apa sangat dkat rumah. and tengah online facebook. tetiba, hati izzah rasa sangat sayu. dan sedih. taktahu lah kenapa. dan mama pulak tak boleh tidur. rasa gelisah sangat. Tiba-Tiba!
dapat call dari maklang. maklang cakap dkt mama.
" Kak piyah, Mat dah takda. " mama terdiam. aku pergi dkt mama. tanya kenapa semua.
mama masih kaku. mama dgn perlahan kata " maisarah, ayah dah takda"
ya Allah, betapa sebaknya izzah and izzah peluk mama. izzah kata "mama, kenapa ayah kena pergi tinggalkan kita? kenapa, ma?! " izzah tak mampu nak cakap apa. asyik menangis je.
izzah cakap dkt mama yg izzah nak pergi ziarah jenazah ayah dkt hospital. tak kira apapun. ayah tetap ayah. sampai je dkt wad hospital. tengok ramai sangat orang dkt wad ayah. ayah dah ditutup muka dengan kain putih. izzah menangis teresak gila and izzah peluk ayah. izzah nampak muka ayah tersenyum. dan ayah sangat beruntung kerana meninggal pada malam Jumaat. hm izzah ni sampai tak boleh nak buka kain tu. menggigil rasanya. izzah pun peluk mama and terduduk. izzah dah tak mampu nak berdiri. tersangat lah sedih bila kehilangan seseorang yang paling kita sayang dan rapat. itu semua bagaikan mimpi. jenazah ayah terus dibawa balik kampung dan dimandikan. esok pagi, masa Subuh ramai orang dah datang rumah dan bacakan Surah Yaasiin untuk ayah. dan pukul 11 pagi, jenazah ayah akan dikebumikan. ayah nampak tersenyum. dan BUAT KALI TERAKHIR, izzah dan mama cium dahi ayah :') itulah kenangan yg paling sedih aku takkan lupakan sampai bila-bila :')

Pls nak minta tolong korang yg baca ni, sedekahkan AlFatihah untuk ayah yaa :'))